SELAMAT DATANG KE ALTEL 1MALAYSIA

Wednesday, 16 July 2014

Panduan Proses TUKAR NO LAMA (MNP) KE ALTEL

Panduan Proses MNP ALTEL


1. Isi borang pendaftaran Altel, tandakan kotak MNP dan turunkan tandatangan.

2. Sertakan 1 salinan kad pengenalan/pasport.


3. Pastikan butiran yang diisi adalah sama 100% dengan butiran pendaftaran di syarikat telco yang lama.


4. Pastikan nama dan no ic anda adalah betul seperti yang direkodkan di telco lama anda
  • boleh dapatkan maklumat secara online atau hubungi service center. Lawati laman web telco anda dan klik sign up / register online. Isi maklumat dan submit anda telah boleh melihat profile akaun hp anda seperti yang telah didaftarkan oleh dealer terdahulu.

5. Jika talian anda postpaid MNP ke Altel bermakna anda akan bertukar kepada pelan prepaid.
  • Pastikan semua bil telah dijelaskan termasuk tambahan bayaran lebih kurang RM10 untuk menampung kos       penggunaan anda semasa tempoh proses.
  • Jika talian anda sub-line anda tidak boleh MNP selagi primary line tidak MNP.

6. Jika talian anda prepaid lebih mudah dan hanya perlu pastikan butiran pemegang akaun yang tepat dan terus isi borang.


7. Untuk makluman kredit di dalam simkad syarikat lama tidak boleh di bawa pindah, anda perlu ada sekurang - kurang 20 sen barulah mulakan proses MNP.


8. Sekiranya permohonan anda reject , wang tidak akan dikembalikan.


9. Pastikan juga sim kad anda masih aktif.


Print borang di bawah ini, isi dan tandatangan kemudian serahkan kepada dealer / ejen kami seperti yang tersenarai atau emelkan Borang dan K/P kepada kami untuk diproses.

Emel gambar borang dan K/P ke altel1malaysia@gmail.com


Yuran perpindahan : SIM kad RM10  + FREE AIR TIME RM 5 + KOS PROSES RM15

RM30

Kos penghantaran Pos Laju (Semenanjung RM6, Sabah dan Sarawak RM10)

PROMOSI MENJADI DEALER ATAU AGEN ALTEL



Sila isikan borang di bawah, untuk admin hubungi dalam masa terdekat.

KLIK DI SINI

Tuesday, 15 July 2014

ALTEL : TELCO PALING POWERFUL DAN PERINTIS 4G

Penerima slot terbesar spektrum 4G tempatan, Altel Communications Sdn. Bhd. (Altel), akhirnya bakal melancarkan produk evolusi jangka panjang (LTE) pada 18 Julai ini.


Ketua Pegawai Operasinya, Rizwal Mohd. Ain berkata, pelancaran itu sebenarnya sedikit lewat berbanding tarikh awal iaitu pada 1 Julai lalu, disebabkan beberapa masalah teknikal yang mahu diperhalusi.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan ciri-ciri komersial dan promosi yang akan diguna pakai, tetapi percaya industri kini telah bersedia untuk menerima 4G kerana pengguna semakin memerlukan jumlah data yang banyak


"Telefon pintar yang berada di pasaran sudah ada memiliki keupayaan 4G, malah boleh didapati dengan harga antara RM800 hingga RM1,100 seunit," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tarikh baharu itu diumumkan menerusi laman Facebook Altel. Syarikat itu ketika ini hanya menawarkan perkhidmatan prabayar (2G dan 3G) dengan menggunakan prasarana milik Celcom.
Altel adalah unit kepada Puncak Semangat Sdn. Bhd. (Puncak Semangat), iaitu syarikat pegangan di bawah Al-Bukhary Group yang menumpukan sektor perkhidmatan teknologi maklumat (IT).

Pada hujung 2012, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menganugerahkan lapan syarikat lesen mengakses spektrum 2.6GHz, yang membolehkan kesemuanya menawarkan perkhidmatan jalur lebar 4G iaitu pada kelajuan 100 megabit sesaat.

Lapan syarikat tersebut ialah Celcom, DiGi, Maxis, Packet One Networks (P1), REDtone, U Mobile, YTL dan Puncak Semangat.

Puncak Semangat dilaporkan menerima slot sebanyak 40 MHz, manakala yang lain menerima 20 MHz. 

Bagi membolehkan perkhidmatan yang diberikan pada kadar optimum iaitu 2x20 MHz, SKMM menggalakkan setiap pemain berkongsi blok dan prasarana.

"Kami mengambil tempoh setahun (sejak diperkenalkan Ogos 2013) untuk menawarkan produk 4G kerana mahu bersiap sedia dari segi rangkaian
jualan, supaya pengguna tidak sukar mendapatkan perkhidmatan Altel," kata Rizwal.
Syarikat akan menjalankan kempen promosi dengan lebih intensif seiring dengan pengenalan 4G Altel sehingga akhir tahun ini.
"Dijangka pada peringkat awal mungkin sambutan pelanggan sedikit perlahan, tetapi berpotensi meningkat dengan baik dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi, berdasarkan trend pengguna semasa yang beralih dari 2G ke 3G beberapa tahun lalu," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140716/ko_01/Altel-lancar-produk-4G-pada-18-Julai#ixzz37ass4ZoM

Monday, 14 July 2014

ALTEL 1MALAYSIA : TENTANG KAMI

ALTEL 1MALAYSIA adalah AUTHORISED DEALER ALTEL yang bernaung di bawah organisasi AINON HOLDINGS SENDIRIAN BERHAD dan beroperasi dibawah ABS DATA & TELCO.

Kami mengamalkan perniagaan yang telus dan jujur yang menurut pengamalan yang menepati syariah (SYARIAH COMPLIANCE)



ALTEL 1MALAYSIA menjadi wadah untuk memasarkan dan menjual produk-produk ALTEL yang ditambah dari masa ke semasa.

ALTEL 1MALAYSIA komited untuk menceburi bidang niaga telekomunikasi ini sebagai satu JIHAD EKONOMI islam di negara Malaysia yang tercinta ini.

JOM BERSAMA KAMI..JOM BERSAMA ALTEL..

KITA BINA KHAFILAH BERGERAK BERSAMA SECARA BERJEMAAH.

Tuan cikpuan dijemput untuk menjadi AGEN ALTEL.