- Apakah Prabayar Altel?
Altel adalah perkhidmatan terbaru servis prabayar mudah alih yang membolehkan anda membuat panggilan, menghantar pesanan mesej melalui SMS atau servis data. - Apakah servis yang disediakan?
Altel menawarkan servis telefon prabayar seperti Panggilan Suara dan SMS, data mudah alih dan panggilan IDD. - Dimanakah SIM Pek Altel boleh dibeli?
Anda boleh membeli SIM Pek Altel di semua kedai diseluruh negara. Anda hanya perlu mencari logo Altel di kedai yang berhampiran. - Berapakah harga SIM Pek Altel?
SIM Pek Altel dijual pada harga runcit RM7 setiap satu dan didatangkan bersama kredit bernilai RM5. - Berapakah tempoh sah SIM pek?
Semua SIM Pek Altel disertakan bersama 30 hari tempoh sah selepas pendaftaran berjaya. Anda haruslah tambah nilai sebelum hari yang ke-30 bagi mengelakkan perkhidmatan terganggu. - Dimanakah saya boleh tambah nilai?
Anda boleh menambah nilai kredit anda di semua kedai-kedai diseluruh negara. Anda hanya perlu mencari logo Altel di kedai yang berhampiran. - Apakah denominasi yang disediakan bagi tambah nilai dan tempoh sah?
Denominasi tambah nilai Altel bernilai RM5, RM10, RM30 and RM50.
Tempoh Sah
RM5 – 5 hari
RM10 – 20 hari
RM30 – 60 hari
RM50 – 90 hari
SOALAN LAZIM
Subscribe to:
Posts (Atom)
Saya ada sim belum register. Tolong beri panduan bagaimana nak register.
ReplyDelete